Tanah Pamah

1.Tanah pamah ialah kawasan yang rata dan beralun.


2.Kawasan ini meliputi ketinggian kurang daripada180 meter dari aras laut.

3.Di semenanjung Malaysia, kawasan tanah pamah dibahagikan kepada tiga:

(a)Tanah pamah di pantai barat

  •  Paling lebar dan luas

  •  Diliputi tanih aluvium yang subur dan sesuai untuk penanaman padi

  •  Dataran Kedad-Perlis, Dataran Kerian, Dataran Hilir Sungai Perak

(b)Tanah pamah di pantrai timur


  •  Sempit, terputus-putus, dan berpasir

  •  Dilanda banjir pada musim tengkujuh

  •  Dataran Kelantan ,Dataran Terengganu, Dataran Pahang

(c)Tanah rendah beralun-alun di selantan


  •  Beralun-alun dan berbukit-bukit

  • Mempunyai kawasan paya luas

  •  Ditanami getah, kelapa sawit ,dan nanas

  •  Dataran Johor

4.Dataran pantai timur Sabah adalah lebih lebar tetapi sebahagiannya berpaya.


5.Contoh dataran utama di pantai timur Sabah ialah Lembah Kalabakan , Lembah  Kinabatangan , Delta Segama, dan Delta Labuk.


6.Dataran pantai barat Sabah adalah lebih sempat dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dengan kawasan pantai.


7.Di Sarawak dataran yang luas terdapat di sepanjang pantai barat.Contohnya Delta Rajang , Dataran Baram , dan Dataran Lupar .


8.Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia




KEPENTINGAN CONTOH


a) Kawasan Pertanian - Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi


  - Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit


b) Kawasan Perlombongan - Timah alluvium banyak terdapat di   lombong di Lembah Kinta


c) Tapak Petempatan - Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang


d) Kawasan Perindustrian - Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang


e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan - Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan