Kesan Kegiatan terhadap Alam Sekitar

Pengenalan
- Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap
sebagai manusia ekonomi.


- Sebagai manusia ekonomi, iaitu menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.

 Alam sekitar dibahagi kepada 2
komponen iaitu:-

1. Komponen mengandungi hidupan
iaitu haiwan dan tumbuhan.


2. Komponen bukan hidupan –tanah, udara dan air.

Aktiviti utama manusia

- Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.


- Aktiviti asas utama manusia ialah:-


1. Pertanian


2. Perlombongan


3. Pembalakan


4. Perikanan


- Aktiviti yang disebutkan di atas mempunyai kesan terhadap
keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik.

Aktiviti Pertanian


- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.


- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
menyebabkan permukaan tanah


Akitiviti Perlombongan


- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.


- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Aktiviti Pembalakan


- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok
yang bermutu.


- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.


- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.


- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan
memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

Aktiviti Perikanan.


- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.


- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.


- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Pembinaan Jalan Raya


- Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.

- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.