Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara lain


  • Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland

  1. Switzerland merupakan sebuah negara yang bergunung-gunung dan terletak di benua Eropah.
  2. Di bahagian barat lautnya terdapat Pergunungan Jura dan di bahagian selatan dan timur pula terdapat Banjaran Alps.
  3. Banjaran Alps adalah gunung lipat muda yang tinggi.
  4. Negara ini mempunyai gunung-gunung dan tasik-tasik yang sangat indah.
  5. Switzerland memajukan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan kerana mempunyai potensi yang baik.
  6. Kegiatan utama negara Switzerland ialah pelancongan. Kegiatan ini banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi pendudukan tempatan.
  7. Pemandangan gunung-ganang dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik, ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier (ais) menjadi tarikan pelancong.
  8. Tanah tinggi di Malaysia dengan suhu yang nyaman juga dijadikan pusat-pusat peranginan yang menarik.
  9. Pusat-pusat peranginan di Switzerland seperti juga di Malaysia dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara sepanjang tahun.
  10. Switzerland menerima ramai pelancong dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis.
  11. Suhu musim panas yang sederhana panas 14oC di Switzerland, menarik ramai pelancong terutamanya untuk mendaki gunung.
  12. Gunung Matterhorn sering dikunjungi pendaki
  13. Pada musim ini, kawasan di luar bandar Interlaken yang terletak di antara Tasik Brienz dengan Tasik Thun di Pergunungan Alps menjadi tapak perkhemahan
  14. Tasik Brienz dan Tasik Thun mempunyai kemudahan berperahu
  15. Mata air panas yang mempunyai nilai perubatan menarik pelancongan di pusat peranginan kesihatab di St. Moritz.
  16. Pelancong dapat menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine.
  17. Di Malaysia, ramai pelancong melawat kawasan penanaman teh, bunga, dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron.
  18. Air Terjun seperti Staubbach Falls di Switzerland dan Air Terjun Parit di Tanah Tinggi Cameron juga menarik ramai pelancong.
  19. Suhu musim sejuk adalah di antara 0oC hingga 5oC menarik pelancong ke pusat meluncur salji di kawasan pergunungan seperti di Gstaad dan Zermatt.
  20. Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong ke pusat-pusat meluncur salji untuk bermain ski seperti di Gunung Titlis.
  21. Gunung Titlis diliputi salji sepanjang tahun.
  22. Tanah Tinggi Genting juga mempunyai kemudahan kereta kabel bagi pelancongan.
  23. Semua pusat peranginan di Switzerland mempunyai sistem pengangkutan darat dan udara yang baik.
  24. Kawasan ini dapat dihubungi melalui jalan raya dan lebuh raya.
  25. Terowong untuk laluan kereta dibina melalui kawasan pergunungan.

Contohnya, Terowong St. Bernardyang dibina melalui kawasan Alps menghubungkan Switzerland dengan Itali.


  • Kajian Kes di Pulau Jawa - Pentingnya Cerun Bukit untuk Pertanian

    Pulau Jawa
  1. Pertanian adalah kegiatan ekonomi yang penting di Malaysia dan di Indonesia.
  2. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di tanah pamah dan cerun bukit.
  3. Pertanian dijalankan di cerun bukit kerana penduduk di Pulau Jawa sangat padat.
  4. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk dan banyak digunakan untuk pembinaan petempatan, pertanian dan kegiatan lain.
  5. Kekurangan tanah pamah memaksa petani-petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.
  6. Letusan gunung berapi meninggalkan lapisan tanih jenis lava bes di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa.
  7. Pulau ini mempunyai satu siri gunung berapi yang terbentang dari timur ke barat yang mempunyai gunung berapi hidup seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi.
  8. Lava bes daripada gunung berapi menyuburkan tanah dan cerun teres dibina.
  9. cerun-cerun dipotong untuk membentuk rangkaian teres untuk penanaman padi sawah.
  10. Di tepi teres terdapat dinding luar untuk menahan air untuk memperlahankan aliran air hujan di lereng bukit tersebut.
  11. Penanaman di teres-teres cerun bukit dapat mengatasi masalah hakisan tanah.
  12. Penanaman padi di teres cerun bukit banyak dijalankan di kawasan ke selatan Surabaya.
  13. Di Malaysia, kebanyakkan pertanian dijalankan di tanah pamah kerana negara kita tidak mengalami kekurangan pertanian di tanah rendah.
  14. Terdapat pertanian yang dijalankan di cerun bukit yang ditereskan juga seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanami teh dan sayur-sayuran.
  15. Tanah di cerun bukit Malaysia bukanlah terdiri daripada tanih lava bes yang subur.
  16. Pokok kelapa sawit dan getah ditanam di teres-teres bukit. Pokok-pokok ini juga dapat menghalang hakisan air di cerun-cerun bukit.


Peta Pulau Jawa


  • Kajian Kes di Thailand - Pentingnya Sungai untuk Pengangkutan

Menam Chao Phraya
  1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.
  2. Jenis pengangkutan ini penting kerana pengangkutan darat adalah terhad dan kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran dengan sungai.
  3. Sungai utama ialah Menam Chao Phraya yang merupakan jalan air yang paling penting.
  4. Sungai ini dimudiki oleh kapal-kapal sederhana besar sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.
  5. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, iaitu Me Ping, Me Wang, Me Yom dan Me Nam menghubungkan kawasan pedalaman di utara dengan bandar utama, iaitu Bangkok di muara sungai.
  6. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, merupakan jalan pengangkutan yang murah dan mudah digunakan.
  7. Sungai ini digunakan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal.
  8. Kayu jati dari Pergunungan Utara dihanyutkan melalui cawangan-cawangan Menam Chao Phraya ke Nakhon Sawan.
  9. Dari sini kayu jati masuk ke Menam Chao Phraya dan dibawa ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.
  10. Nam mun dan Nam Chi di Dataran Tinggi Korat digunakan untuk pengangkutan.
  11. Sungai-sungai ini mengalir ke timur sebelum bercantum dengan Sungai Mekong di Kampuchea
  12. Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai kurang penting
  13. Pengangkutan sungai masih penting di sabah dan Sarawak kerana masih kekurangan pengangkutan darat.
  14. Di Sarawak, sungai-sungai utama seperti Sungai Rajang dan Sungai Baram merupakan jalan pengangkutan yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar utama di dataran pantai.
  15. Di Sabah, Sungai Kinabatangan memainkan peranan yang sama penting dengan Sungai Rajang dan Menam Chao Phraya.
  16. Sungai-sungai di Sabah dan Sarawak digunakan untuk pengangkutan penumpang, barangan pukal seperti kayu balak dan padi ke bandar utama di muara sungai.
  17. Sungai Rajang digunakan untuk mengangkut arang batu dan batu kelikir ke bandar Sibu dan Sarikei.



  • Kajian Kes di Tonle Sap, Kampuchea- Pentingnya Tasik untuk Perikanan

    Tasik Tonle Sap
  1. Tonle Sap yang juga dikenal sebagai Tasik Besar terletak di bahagian barat negara Kampuchea.
  2. Tasik ini adalah tasik air tawar semula jadi yang terbesar di rantau Asia Tenggara
  3. Tasik ini menjadi empangan semula jadi untuk Sunagi Mekong.
  4. Sungai Tonle Sap menghubungkan Sungaii Mekong ke tasik ini.
  5. Tonle Sap yang penting untuk perikanan menghasilkan lebih separuh daripada jumlah ikan yang ditangkap di Kampuchea.
  6. Penangkapan ikan di tasik-tasik di Malaysia tidak begitu penting berbanding dengan Tonle Sap kerana saiz tasik-tasik di Malaysia tidak begitu besar. Contohnya, saiz Tasik Bera ialah 61.5 km2, Tasik Chini 10 kn2 dan Loagan Bunut (Tasik Bunut) 9 km2.
  7. Kira-kira 68 tan ikan ditangkap di Tasik Kenyir setiap tahun dijual oleh petani yang menangkap ikan sebagai kerja sambilan.
  8. Isipadu air Tonle Sap berubah mengikut musim. Pada musim hujan, antara bulan Jun hingga November, saiznya menjadi kira-kira 4 700 km2
  9. Kawasan hutan berhampiran tasik ini akan dibanjiri. Tasik ini akan mencapai 10 hingga 15 meter dalam dan ikan akan membiak.
  10. Pada musim kering, tasik ini akan menjadi kecil, iaitu kira-kira 1 600 km2 dan cetek, iaitu 1 hingga 3 meter sahaja dalamnya. Pada ketika inilah aktiviti menangkap ikan dijalankan di tasik ini.
  11. Kawasan tasik yang kering ditanam dengan padi.
  12. Jumlah ikan akan bertambah dengan banyaknya selepas musim hujan.
  13. Kebanyakkan penduduk yang menangkap ikan adalah petani. Seperti di Thailand penangkapan ikan juga adalah kerja sambilan bagi petani untuk menambahkan pendapatan di Malaysia.
  14. Di Malaysia, terdapat juga tasik yang berubah saiz mengikut musim.
  15. Loagan Bunut di Sarawak dengan ukuran diameter 1.6 km2 pada musim hujan menjadi sebuah dataran lumpur yang rata pada musim kering.
  16. Selain untuk perikanan, tasik di Malaysia penting sebagai tempat pelancongan seperti Tasik Chini dan Tasik kenyir.
  17. Tasik di Empangan Pedu dan Empangan Muda membekalkan air untuk mengairi kawasan sawah padi.



  • Bentuk
    Muka Bumi sebagai Halangan Terhadap Kegiatan Manusia.

  1. Bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepada kegiatan manusia.
    (a)Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi.
  • i- Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untuk dibina petempatan.
  • ii- Kebanyakkan petempatan di Malaysia dibina di kawasan tanah yang rendah atau yang telah diratakan.
  • iii- Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi dan kawasan kaki bukit melibatkan kerja-kerja pembinaan yang sukar dijalankan.
  • iv- Di kawasan-kawasan tersebut terdapat cerun-cerunnya yang terlalu curam untuk dibanggunkan.
  • v- Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.
  • vi- Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut, terutamanya pada musim hujan.
  • vii- Sebelum pembinaan dijalankan di cerun suram, kawasan tersebut perludirendahkan dandiratakan untuk memudahkan pembinaan.
  • viii- Cerun bukit yang sukar direndahkan dapat dipotong menjadi teres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan curam.
  • ix- Asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh. Contohnya membina tiang konkrit yang kukuh.
  • x- Kajian yang teliti dan teknologi moden digunakan untuk membina kondominium atas bukit untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Ini akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi.
          (b) Sungai penghalang terhadap pembinaan pengangkutan
  • i- Sungai yang beraliran deras di bahagian hulunya menyukarkan perjalanan dan berbahaya untuk dijadikan sistem pengangkutan.
  • ii- Di bahagian jeram sungai, hanya kano, bot kecil dan rakit dapat digunakan.
  • iii- Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk mengayuh bot yang kecil melalui bahagian jeram.
  • iv- Keadaan ini dihadapi di petempatan di Long Panai, Long Terawan dan Long Pala yang terletak di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Melinau yang merupakan cawangan Sungai Baram.
  • v- Sebahagian sungai-sungai ini mempunyai jeram yang beraliran deras dan berbahaya. Untuk sampai ke pedalaman ini dengan melalui sungai akan memakan masa beberapa hari.