2010年5月26日星期三


Banjaran Crocker ialah gunung yang terbesar dan tertinggi di Malaysia.Banjaran Crocker menganjur dari timur laut ke barat daya Sabah.Kemuncak tertingginya ialah Gunung Kinabalu (4102 meter),gunung yang tertinggi di negara kita dan di Asia Tenggara.Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu terletak di sana.

Banjaran Tama Abu


Gunung Tama Abu yang terletak di Banjaran Tama Abu Sarawak, [[]] mempunyai ketinggian setinggi 2,113 meter (6,930 kaki).

Gunung Tama Abu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Banjaran Tahan



Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung KinabaluMalaysia dan Asia Tenggara. yang merupakan gunung tertinggi di

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Banjaran Bintang


Banjaran Bintang terletak di Perak .Banjaran ini terletak di sebelah barat. Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m) , Gunung Bintang ( 1882 m) , Gunung Inas ( 1801 m) , Gunung Ulu Jernihgunung dan bukit yang lebih rendah. ( 1577 m) dan lain-lain
Sesetengah banjaran menjadi garisan sempadan antara negara , sempadan antara negeri atau sempadan antara daerah.

Banjaran yang Terpanjang di Malaysia














Ban
jaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.

Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.

Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.

Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut.

Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan.