- Pola saliran
- Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya.
- Terdapat beberapa jenis pola (corak) saliran seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca(jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat.
- Berbentuk seperti ranting pokok
- Cawangan-cawangan sungai bercantam dengan sungai utama paa sudut kurang dari sudut tepat
- Terdapat kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan
- Contoh: Sungai Pahang , Sungai Kelantan
Pola saliran jejala |
- Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
- Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut
- Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat
- Contoh: Sungai Perak
Pola saliran selari |
- Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
- Terdapat di cerun ceram
- Contoh: Sungai Kinabatang
Pola saliran gegelang |
- Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bersantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah
- Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai
Pola saliran jejari |
- Berbentuk seperti jejari roda
- Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
- Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah
Sungai
1. Malaysia mempunyai sungai kerana:
- mempunyai banyak kawasan tadahan
- menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2. Umumnya, kebanyakan sungai di Malaysia adalah:
- pendek;
- beraliran deras di peringkat hulu;
- berliku-liku dan mengalir perlahan di peringkat hilir.
3. Kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir ke:
- Selat Melaka
- Laut China Selatan.
- Laut China Selatan
- Laut Sulu.
Sungai Labuk |
Sungai Kedah |
Tasik
1. Tasik semula jadi yang indah,
(a) Tasik Bera
(b) Tasik Chini.
2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia.
3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan.
4. Tasik buatan manusia utama di Malaysia
- Tasik Kenyir, Terengganu;
- Tasik Chenderoh, Perak;
- Tasik Temenggor, Perak;
- Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Tasik-Tasik buatan manusia penting sebagai:
(b) kawasan pelancongan atau rekreasi;
(c) sumber air
(d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik.
Tasik Twitiwangsa Kuala Lumpur |
Tasik Putrajaya |
Tasik Perdana Kuala Lumpur |
Tasik Bera Pahang |
Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai
1. Profil panjang sungai merujuk kepada aliran sungai yang bermula dari pnca hingga ke muaranya.
(a) Sungai bermula dari tanah tinggi dan mengalir turun di kawasan curam.
(b) Kemudiannya, alirannya sampai dibahagian landai dan seterusnya bahagian yang hampir rata dekat dengan muaranya.
(c) Biasanya, profil sungai adalah cekung ke atasnya.
2. Profil rentas sungai merujuk kepada keadaan lurah sungai di sepanjang sungai dan bahagian hulu hingga ke hilirnya.
(a) Lurah di peringkat hulu adalah berbentuk 'V'.
(b) Di peringkat tengahnya, lurah itu menjadi lebar atau berbentuk 'U'.
(c) Di peringkat hilirnya, lurah menjadi semakin lebar dan dasarnya cetek.
3. Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran, iaitu peringkat hulu, tengah dan hilir.
Bentuk muka Bumi di Peringkat Hulu
- Di peringkat ini, sungai mengalir dengan laju dan membentuk ciri fizikal seperti lurah berbentuk 'V', air terjun, jeram dan lubang periuk.
- Hakisan sungai secara tegak ke dasar sungai membentuk lurah yang sempit dan berbentuk 'V'. yang disebut sebagai jurang. Lembah sungai di peringkat ini sempit.
- Apabila air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah yang lebih rendah secara tiba-tiba, air terjun akan terbentuk. Contonya, Air Terjun Kota Tinggi.
- Jeram terbentuk apabil sungai mengalir melalui batuan yang berselang lapisan keras dan lembut. Air yang mengalir akan meloncat dan mengalir dengan derasnya. Contohnya Jeram Pelagus di Sungai Rayong.
- Di bahagian sungai yang tidak rata, aliran air yang deras akan berpusar. Batu batan akan menghakis ke dasar sungai dan lekukan yang berbulat akan terbentuk.
Bentuk Muka Bumi di Peringkat Tengah
- Di peringkat tengah, sungai mengalir dengan lebih perlahan dan terbentuk likuan sungai.
- Cerun sungai yang lebih landai menyebabka aliran sungai berliku-liku.
- Sungai yang berliku-liku akan berkeluk. Bahagian sungai yang berkeluk ini dikenal sebagai likuan sungai.
- Hakisan terus berlaku di tebing cekung sungai menyebabkan tebing yang tinggi dan curam terbentuk.
- Di tebing liku cembung sungai akan berlaku pemendapan. Tebing landai terbentuk.
1. Di peringkat ini, bentuk fizikal yang terbentuk ialah dataran mendap, liku terpenggal, tasik ladam dan delta.
2. Dataran mendap:
- Aliran sungai yang sangat perlahan menggalakkan pemendapan berlaku di dasar sungai yang meningkatkan aras air sungai.
- Banjir mudah berlaku, bahan mendapan termendap di permukaan lembah.
- Mendapan yang tertimbun di dasar sungai akan membentuk dataran mendap dan mendapan yang tertimbun di tebing sungai pula akan membentuk tetambak.
3. Liku terpenggal dan tasik ladam:
- Likuan sungai menjadi lebih besar dan berbentuk hampir bulat dengan tebing cekungnya. Segenting yang sempit terbentuk.
- Segenting ini terputus semasa banjir dan menghasilkan liku terpenggal.
- Lama-kelamaan, liku sungai di bahagian itu akan terpisah langsung dan terbentuklah tasik ladam.
- Pemendapan bahan-bahan terhakis di bahagian muara sungai secara berterusan akan membentuk delta.
- Contohnya, Delta Rajang.
- Delta terbentuk apabila:
-tindakan hakisan giat yang menyediakan bahan mendapan yang banyak;
-dasar laut di muara sungai cetek;
-tiada arus kuat yang bersudut tepat dengan muara sungai;
-tiada tasik besar di sepanjang aliran sungai;
-bahagian muara tidak mengalami pasang surut yang besar